"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan
yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang
Syadaqah."
1. Wanita Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit...
2. Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan,”Aku membuat itu keranamu”...cth: wanita yg rase sume benda dia yg buat, si suami langsung x berguna or xpernah buat ape2 utk keluarga...
3. Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain...cth: menyesal i kahwin ngan u, kalau i kawen ngan si polan si polan..
4. Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya...cth: i nak umah besar, kete besar, cincin besar..sume nyer besar2 sedangkan si suami xmampu..
5. Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya..cth: sehari suntuk dok kat umah dok polish muka n badan, kije umah langsung xmo buat..
6. Wanita Syadaqah: banyak cakap yg tidak menentu lagi bising...cth: pot pet pot pet dr pg sampe malam tp sume yg tak berpaedah...
Untuk makluman, contoh2 diambil dari kata2 ustazah dlm rancangan Al-Hidayah petang tadi...so renung renungkan dan selamat beramal..moga kita sume termasuk dalam golongan isteri2 yang solehah...amin :)

No comments:
Post a Comment